104.The Traducer

  1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji
  2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya
  3. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)
  4. Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah
  5. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu
  6. (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya)
  7. Yang naik menjulang ke hati
  8. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka
  9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang